Sunday 5 February 2012

:::PETUA MENJAGA KESIHATAN MENGIKUT AJARAN SUNNAH RASULULLAH (NABI MUHAMMAD S.A.W.):::



:::MESEJ PENTING SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 12 RABIUL AWAL 1433 HIJRAH:::



Rasulullah S.A.W. bersabda :

"Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan dicintai oleh Allah S.W.T daripada Mukmin yang lemah..."
                                                                           (Riwayat Muslim)

Bagaimanakah caranya agar diri kita akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera seperti Rasulullah S.A.W.?

Justeru, mari kita bersama menerokai dan membongkar rahsia di sebalik  

resepi-resepi dan petua-petua berikut :


1) SELALU BANGUN AWAL SEBELUM SUBUH
Rasulullah S.A.W. selalu menyeru kepada umatnya agar bangun sebelum waktu Subuh untuk melaksanakan solat sunat dan solat fardhu Subuh secara berjemaah. Antara hikmah yang diperoleh melalui ibadah-ibadah tersebut adalah :

i- Dikurniakan pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah S.W.T.
ii- Mendapat udara segar yang baik untuk kesihatan, khususnya terapi penyakit TB
iii- Menguatkan minda dan menyihatkan mental serta emosi


2) AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Baginda sentiasa rapi dan bersih. Buktinya, setiap hari Khamis dan Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, memotong kuku, menyikat rambut dan mengenakan minyak wangi pada setiap hari.

Rasulullah S.A.W. bersabda :
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman".
                                                                  (Riwayat Muslim)
3) TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan di tahap yang melampau sehingga terasa senak perut)"
                                                                  (Riwayat Bukhari & Muslim)


Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 elemen asas penting, iaitu :
a) 1/3 untuk udara
b) 1/3 untuk air
c) 1/3 untuk makanan
Bahkan terdapat satu pendidikan khusus bagi umat Islam dengan adanya bulan Ramadhan, iaitu puasa wajib untuk menyeimbangkan kesihatan.


4) GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah S.A.W. selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir dan peredaran darah akan berjalan dengan lancar khusus untuk kecerdasan minda dan kecergasan tubuh badan.
5) TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah S.A.W. : "Jangan marah" diulang sebanyak 3 kali. Hal ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada aspek fizikal semata-mata, malah lebih jauh lagi, iaitu dilandasi oleh kesucian dan kesihatan jiwa yang tulus dan ikhlas.
Terdapat terapi yang tepat untuk menahan marah, iaitu :
1) Mengubah posisi ketika marah. Apabila berdiri, maka duduk dan apabila duduk, maka berbaring.
2) Membaca ta'awwuz (a’uzubillah) kerana marah itu datang daripada syaitan.
3) Segera berwudhu.
4) Bersolat 2 rakaat untuk meraih ketenangan di samping mampu menghilangkan keresahan dan kegundahan hati yang berantakan.

6) BERSIKAP OPTIMIS DAN TIDAK BERPUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan kesan psikologi yang mendalam terhadap jiwa seseorang sehingga dia tetap bersabar, beristiqamah dan bertawakal kepada Allah S.W.T.

Akhir kalam, semoga keenam-enam petua di atas dapat kita amalkan dalam menjalani kehidupan seharian khususnya jika kita ingin menjadi seorang insan yang sentiasa berfikiran positif, sihat tubuh badan dan kuat dari segi fizikal dan mental tidak kira dalam melaksanakan apa jua sebarang bentuk ibadah kepada Allah S.W.T. Jadi, gunakanlah kesempatan hidup di dunia ini yang hanya diberikan peluang sekali seumur hidup sahaja untuk kita mencari seberapa banyak bekalan bagi menuju alam akhirat yang pasti kekal abadi... 

                                                -Wallahua’lam-

*SILA KLIK LINK INI SEBELUM ANDA KELUAR!!!
http://says.com/my/putramuksent12/specials/wwf-groupon




Post a Comment

1 comments:

  1. Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah bersamaan 5 Februari 2012 Masihi... ;-)

    ReplyDelete