Saturday, 18 February 2012

:::HARI-HARI TERAKHIR DI SK PT. PENGHULU, SG. RAMBAI, MELAKA (FEBRUARI 2012):::



>>>MY SWEET MEMORIES & JUBILANT MOMENTS AT SEK KEB PARIT PENGHULU, SG. RAMBAI, MELAKA<<<
~Tapak Perhimpunan~
              Salam kepada semua para pengunjung. .. Untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai kisah  pengalaman  dan perjalanan saya selama lebih kurang 2 minggu setengah bermula dari 26 Februari sehingga 10 Mac 2012 sebagai guru ganti di SK Parit Penghulu, Sg. Rambai, Melaka. 
       Sepanjang cuti semester ini, Alhamdulillah saya telah ditawarkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jasin untuk menjadi guru ganti yang menggantikan guru cuti bersalin sepanjang tempoh yang telah diberikan.                    
~Bersama Guru-Guru J-QAF dan Murid-Murid Perempuan Tahun 5 SKPP~
~Pandangan SK Pt. Penghulu Dari Arah Atas~
     Walaupun pada awalnya saya agak berat untuk menerimanya kerana tempoh cuti semester saya pada kali ini agak singkat yang memungkinkan akan membataskan hasrat murni saya untuk berbakti pada anak didik bangsa sendiri. Bagaimanapun, saya menerima tawaran ini dengan penuh berlapang dada dan hati yang terbuka di samping niat yang penuh tulus dan ikhlas kerana Allah taala.
~Murid-Murid Lelaki Darjah 2 SK Pt. Penghulu~
             Pada permulaannya, saya telah diberi pilihan untuk menjadi guru ganti di beberapa buah sekolah dalam kawasan Daerah Jasin iaitu 3 buah sekolah rendah dan 2 buah sekolah menengah. Namun, disebabkan faktor tempoh cuti saya hanya lebih kurang sebulan sahaja, jadi saya telah membuat keputusan untuk berkhidmat di sekolah rendah ini dan mengajar subjek J-QAF seperti mana yang  telah dicadangkan sendiri oleh En Hamzah iaitu Pegawai PPD yang bertanggungjawab dalam hal ehwal guru gantian di seluruh Daerah Jasin. 
~Barisan Guru-Guru & Murid-Murid SK Pt. Penghulu~
~Atas Podium Menyampaikan Tazkirah Jumaat~
          Sebelum ini, pada tahun 2009 saya pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Pulai, Merlimau, Melaka selama lebih kurang 3 bulan setengah. Walaupun tempoh saya bersama guru-guru, murid-murid serta seluruh warga SK Pt. Penghulu tidak lama seperti di sekolah sebelum ini, namun sepanjang 2 minggu setengah saya berulang alik dari rumah ke sekolah untuk mengajar di sini telah memberikan saya sebuah pengalaman  baharu yang cukup mematangkan diri dan fikiran saya dalam mencurahkan ilmu yang bermanfaat di samping melayani kerenah yang pelbagai ragam anak-anak murid yang tercinta. 
~Murid-Murid Darjah 6 SK Pt. Penghulu~
          Akhir kalam, saya akan menjadikan pengalaman baru ini sebagai modal dan momentum penting untuk terus mengorak langkah lebih maju ke hadapan khusus untuk diri saya sendiri agar dapat berkhidmat dalam profesion perguruan lagi pada suatu hari nanti, insyaAllah sekiranya saya telah ditakdirkan untuk terus memilih bidang ini selepas menamatkan pengajian kelak. Sekian, Jazakallahu Khairan Kasiro… (^_^)v

*SILA KLIK LINK INI SEBELUM ANDA KELUAR!!!
http://says.com/my/putramuksent12/specials/wwf-groupon




Sunday, 5 February 2012

:::PETUA MENJAGA KESIHATAN MENGIKUT AJARAN SUNNAH RASULULLAH (NABI MUHAMMAD S.A.W.):::



:::MESEJ PENTING SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 12 RABIUL AWAL 1433 HIJRAH:::



Rasulullah S.A.W. bersabda :

"Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan dicintai oleh Allah S.W.T daripada Mukmin yang lemah..."
                                                                           (Riwayat Muslim)

Bagaimanakah caranya agar diri kita akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera seperti Rasulullah S.A.W.?

Justeru, mari kita bersama menerokai dan membongkar rahsia di sebalik  

resepi-resepi dan petua-petua berikut :


1) SELALU BANGUN AWAL SEBELUM SUBUH
Rasulullah S.A.W. selalu menyeru kepada umatnya agar bangun sebelum waktu Subuh untuk melaksanakan solat sunat dan solat fardhu Subuh secara berjemaah. Antara hikmah yang diperoleh melalui ibadah-ibadah tersebut adalah :

i- Dikurniakan pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah S.W.T.
ii- Mendapat udara segar yang baik untuk kesihatan, khususnya terapi penyakit TB
iii- Menguatkan minda dan menyihatkan mental serta emosi


2) AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Baginda sentiasa rapi dan bersih. Buktinya, setiap hari Khamis dan Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, memotong kuku, menyikat rambut dan mengenakan minyak wangi pada setiap hari.

Rasulullah S.A.W. bersabda :
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman".
                                                                  (Riwayat Muslim)
3) TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan di tahap yang melampau sehingga terasa senak perut)"
                                                                  (Riwayat Bukhari & Muslim)


Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 elemen asas penting, iaitu :
a) 1/3 untuk udara
b) 1/3 untuk air
c) 1/3 untuk makanan
Bahkan terdapat satu pendidikan khusus bagi umat Islam dengan adanya bulan Ramadhan, iaitu puasa wajib untuk menyeimbangkan kesihatan.


4) GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah S.A.W. selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir dan peredaran darah akan berjalan dengan lancar khusus untuk kecerdasan minda dan kecergasan tubuh badan.
5) TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah S.A.W. : "Jangan marah" diulang sebanyak 3 kali. Hal ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada aspek fizikal semata-mata, malah lebih jauh lagi, iaitu dilandasi oleh kesucian dan kesihatan jiwa yang tulus dan ikhlas.
Terdapat terapi yang tepat untuk menahan marah, iaitu :
1) Mengubah posisi ketika marah. Apabila berdiri, maka duduk dan apabila duduk, maka berbaring.
2) Membaca ta'awwuz (a’uzubillah) kerana marah itu datang daripada syaitan.
3) Segera berwudhu.
4) Bersolat 2 rakaat untuk meraih ketenangan di samping mampu menghilangkan keresahan dan kegundahan hati yang berantakan.

6) BERSIKAP OPTIMIS DAN TIDAK BERPUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan kesan psikologi yang mendalam terhadap jiwa seseorang sehingga dia tetap bersabar, beristiqamah dan bertawakal kepada Allah S.W.T.

Akhir kalam, semoga keenam-enam petua di atas dapat kita amalkan dalam menjalani kehidupan seharian khususnya jika kita ingin menjadi seorang insan yang sentiasa berfikiran positif, sihat tubuh badan dan kuat dari segi fizikal dan mental tidak kira dalam melaksanakan apa jua sebarang bentuk ibadah kepada Allah S.W.T. Jadi, gunakanlah kesempatan hidup di dunia ini yang hanya diberikan peluang sekali seumur hidup sahaja untuk kita mencari seberapa banyak bekalan bagi menuju alam akhirat yang pasti kekal abadi... 

                                                -Wallahua’lam-

*SILA KLIK LINK INI SEBELUM ANDA KELUAR!!!
http://says.com/my/putramuksent12/specials/wwf-groupon




Wednesday, 1 February 2012

:::10 KEAJAIBAN DUNIA TAHUN 2012:::@:::10 WONDERS OF THE WORLD IN YEAR 2012:::


               Salam sejahtera kepada semua teman-teman yang setia mengikuti blog saya sehinggalah ke hari ini… Entry saya pada kali agak menarik buat tatapan anda semua. Saya akan membawa anda semua untuk menemani saya dengan menjelajah, menerokai serta berkelana (mengembara) ke seluruh pelosok dunia untuk mengetahui dan mempelajari dengan lebih dekat lagi tentang bangunan-bangunan atau struktur binaan yang telah dihasilkan sendiri oleh umat manusia yang dikenali sebagai mercu tanda atau lambang kemegahan pada era zaman ketamadunan mereka masing-masing sepertimana yang tercatat dalam lipatan sejarah mungkin sebelum wujudnya kalender tahun Masihi.

            Namun begitu, keajaiban-keajaiban yang ada di dunia ini sangatlah banyak, baik yang berupa tempat-tempat bersejarah, monumen, fosil dan artifak peninggalan sejarah ataupun segala sesuatu yang boleh dikategorikan  sebagai unik, pelik dan ajaib sehingga muncul beberapa istilah yang lebih sinonim dengan angka ganjilnya iaitu dikenali sebagai ‘7 Keajaiban Dunia’ atau bahkan sekarang ini sudah mencecah angka genap iaitu ‘10 Keajaiban Dunia’.


            Untuk pengetahuan anda juga, senarai ‘10 Keajaiban Dunia’ yang tertera di bawah ini bukanlah merupakan sesuatu yang wajib dipercayai 100% berbanding sesuatu kewujudan lain yang boleh dikategorikan sebagai ajaib dan luar biasa di dunia ini, hal ini kerana dikhuatiri hanya ini sajalah sebagai '10 Keajaiban Dunia' yang wujud dan terdapat di seantero dunia sehinggalah ke hari ini. Bagaimanapun, secara zahirnya di sana sini masih lagi terdapat banyak tempat/lokasi/struktur binaan peninggalan sejarah yang boleh diangkat dan diiktiraf sebagai sesuatu yang boleh digelar 'ajaib' yang ada di dunia terbentang luas ini.
1. Chichén Itzá

Merupakan peninggalan arkeologi suku Maya di Meksiko yang paling lengkap serta masih terawat dengan baik. Menurut buku budaya suku Maya dari Chilam Balam, kompleks candi ini dibina antara tahun 502-522 Masehi. Suku Maya hanya mendudukinya selama lebih kurang 200 tahun, kemudian mereka berpindah ke daerah pantai di Campeche. Itza merupakan titik sentral kompleks bangunan lainnya seperti Piramida Kukulcan, Candi Chac Mool dan bangunan Seribu Tiang.


2. Christ The Redeemer

Kris Penebus (Portugis: Cristo Redentor, standard Portugis Brazil: [kɾistu ʁedtoʁ], dialek tempatan: [kɾiʃtu ɦedjtoɦ]) adalah sebuah patung Jesus Kris di Rio de Janeiro, Brazil; dianggap terbesar patung Art Deco di dunia dan patung Isa yang kelima terbesar di dunia. Tingginya adalah 39.6 meter (130 kaki), termasuk 9.5 meter (31 kaki) tinggi dan 30 meter (98 kaki) lebar. Ia mempunyai berat 635 tan metrik (625 panjang, 700 tan pendek), dan terletak di puncak gunung 700 meter (2300 kaki) Corcovado di Taman Negara Tijuca Hutan menghadap bandar. Ia adalah simbol agama Kristian Brazil dan patung itu telah menjadi ikon untuk Rio de Janeiro dan Brazil. Ia dibuat daripada konkrit bertualang soapstone dan telah dibina di antara tahun 1922 dan 1931.


3. Colosseum


Colosseum (nama asalnya Flavian Amphitheatre) ialah sebuah monumen bersejarah yang terdiri dari bangunan terbuka separa bulat, berpentas, mempunyai tempat duduk yang digunakan sebagai tempat pertunjukan pada zaman Rom Kuno. Colosseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina di Empayar Rom. Pembinaannya telah dimulakan oleh Maharaja Vespasian di antara tahun 70 dan 72 dan disiapkan pada tahun 80 oleh anak lelakinya, Titus. Colosseum adalah salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia yang berasal daripada Zaman Pertengahan Awal. Ia terletak di Rom, di mana merupakan ibu negara bagi negara Itali moden.

(SUMBER DIPETIK DARI : http://ms.wikipedia.org/wiki/Colosseum)

4. Great Wall of China


Tembok Besar China (Cina Tradisional: 長城, Cina Ringkas: 长城, pinyin: Chángchéng; harf. "bandar/kota panjang") atau (Cina Tradisional: 萬里長城, Cina Ringkas: 万里长城, pinyin: Wànlǐ Chángchéng; harf. "Tembok panjang 10,000 Li ()), merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria. Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt).


5. Machu Picchu


Machu Picchu (yang bermaksud "Gunung Tua" dalam bahasa Quechua; sering juga disebut "Kota Inca yang hilang") adalah sebuah lokasi runtuhan Inca pra-Columbus yang terletak di wilayah pergunungan pada ketinggian sekitar 2,350 m diatas permukaan laut. Machu Picchu berada di atas lembah Urubamba di Peru, sekitar 70 km ke barat laut Cusco.


6. Petra


Petra (Greek "πέτρα" (petra), bermaksud batu; Arab: البتراء, Al-Batrāʾ) adalah sebuah kota bersejarah dan arkaeologi yang terletak dalam kawasan pemerintahan Jordan di Ma'an. Petra merupakan satu hasil senibina pemotongan batu dan sistem pembuluh air. Ia telah dibina kira-kira pada kurun ke-6 sebagai ibu kota bagi Nabatea, ia merupakan satu simbol bagi Jordan selain menjadi tarikan pelancong yang paling banyak dilawati. Petra terletak di cerun Gunung Hor dalam lembangan antara pergunungan yang mana membentuk sisi timur Arabah (Wadi Araba), lembah besar yang merentang dari Laut Mati ke Teluk Aqaba. Petra telah dipilih sebagai Tujuh Keajaiban Baru Dunia pada tahun 2007 dan Tapak Warisan Dunia sejak tahun 1985. Petra juga dipilih oleh BBC sebagai satu daripada "40 tempat yang anda mesti lihat sebelum mati".

(SUMBER DIPETIK DARI : http://ms.wikipedia.org/wiki/Petra)

7. Taj Mahal


Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल)yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648. Kadang kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki , India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.

(SUMBER DIPETIK DARI : http://ms.wikipedia.org/wiki/Taj_Mahal)

8. Piramid Giza


Kawasan Giza atau El Giza atau dikenal juga Gizeh atau El Gizeh (Al Jizah) adalah kawasan yang terletak di berhampiran Kaherah (Mesir), piramid-piramid yang ditemui disini adalah kategori terbesar dibandingkan dengan piramid lain yang ada di bumI. Dibina sebagai makam untuk firaun dinasti keempat Mesir iaitu Khufu. Mengambil masa selama lebih dari 20 tahun pada sekitar tahun 2560 SM. Tiga piramid yang lebih kecil adalah untuk isteri Khufu dan sebuah piramid ‘satelit’ yang lebih kecil lagi berupa lintasan yang ditinggikan dan makam-makam mastaba yang berukuran kecil di sekeliling piramid para bangsawan.

(SUMBER DIPETIK DARI : http://ms.wikipedia.org/wiki/Giza)

9. Acropolis of Athens


Akropolis (Gr. akros, akron, tepi, lampau + polis, bandar, j. acropoleis; harfiah bandar di tepian; ertinya "bandar tertinggi") merujuk kepada tempat tinggi peninggalan sejarah di Greece. Tempat yang paling terkenal ialah Akropolis Athens, disebabkan dari beberapa bangunan sejarah yang terkenal didirikan di atasnya. Acropolis adalah dataran tinggi berbatu setinggi 156 m dan ada terdapat beberapa runtuhan bangunan kuno yang dulunya adalah kuil yg menjadi pusat sejarah Athena. Mulai dibina kira-kira sekitar 1300 tahun SM. Acropolis sebenarnya sebuah kota kecil yang aman damai sehinggalah kerajaan Persia yang bertanggungjawab menjatuhkan empayarnya pada tahun 480 SM. Setahun kemudian tentera Yunani menewaskan jajahan taklukan Persia dan membina semula kuil-kuil itu. Antara tahun 467 sampai 404 SM, bangunan tersebut selesai dibangunkan semula. Pada tahun 1834, Athena menjadi ibu kota Yunani, raja Otto menetapkan Acropolis sebagai bangunan arkeologi yang dilindungi. Tahun 1975 Acropolis diperbaharui.

(SUMBER DIPETIK DARI : http://ms.wikipedia.org/wiki/Akropolis)

10. Alhambra

Alhambra (Bahasa Arab: الحمراء = Al Ħamrā'; yang bermaksud "Istana Merah") adalah sebuah masjid, istana dan kompleks kota silam kerajaan Moor Granada, di selatan Sepanyol (dikenali sebagai Al-Andalus apabila kotanya dibina), menduduki atas bukit teres di tenggara sempadan di bandaraya Granada. Ini adalah tempat tinggal raja-raja Muslim Granada dan mahkamah mereka, tetapi sekarang sebuah muzium yang mempamerkan kecantikan gaya seni bina Islam.

(SUMBER DIPETIK DARI : http://ms.wikipedia.org/wiki/Alhambra)

*SILA KLIK LINK INI SEBELUM ANDA KELUAR!!!
http://says.com/my/putramuksent12/specials/wwf-groupon