>>>MY
SWEET MEMORIES & JUBILANT MOMENTS AT SEK KEB PARIT PENGHULU, SG. RAMBAI,
MELAKA<<<
|
~Tapak Perhimpunan~ |
Salam kepada semua para pengunjung. .. Untuk entry kali ini, saya ingin
berkongsi sedikit mengenai kisah pengalaman dan perjalanan saya
selama lebih kurang 2 minggu setengah bermula dari 26 Februari sehingga 10 Mac
2012 sebagai guru ganti di SK Parit Penghulu, Sg. Rambai, Melaka.
Sepanjang cuti semester ini, Alhamdulillah
saya telah ditawarkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jasin untuk menjadi
guru ganti yang menggantikan guru cuti bersalin sepanjang tempoh yang telah
diberikan.
|
~Bersama Guru-Guru J-QAF dan Murid-Murid Perempuan Tahun 5 SKPP~ |
|
~Pandangan SK Pt. Penghulu Dari Arah Atas~ |
Walaupun pada awalnya saya agak berat
untuk menerimanya kerana tempoh cuti semester saya pada kali ini agak singkat
yang memungkinkan akan membataskan hasrat murni saya untuk berbakti pada anak
didik bangsa sendiri. Bagaimanapun, saya menerima tawaran ini dengan penuh
berlapang dada dan hati yang terbuka di samping niat yang penuh tulus dan
ikhlas kerana Allah taala.
|
~Murid-Murid Lelaki Darjah 2 SK Pt. Penghulu~ |
Pada permulaannya, saya telah diberi
pilihan untuk menjadi guru ganti di beberapa buah sekolah dalam kawasan Daerah
Jasin iaitu 3 buah sekolah rendah dan 2 buah sekolah menengah. Namun,
disebabkan faktor tempoh cuti saya hanya lebih kurang sebulan sahaja, jadi saya
telah membuat keputusan untuk berkhidmat di sekolah rendah ini dan mengajar
subjek J-QAF seperti mana yang telah dicadangkan sendiri oleh En Hamzah
iaitu Pegawai PPD yang bertanggungjawab dalam hal ehwal guru gantian di seluruh
Daerah Jasin.
|
~Barisan Guru-Guru & Murid-Murid SK Pt. Penghulu~ |
|
~Atas Podium Menyampaikan Tazkirah Jumaat~ |
Sebelum ini, pada tahun 2009 saya
pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Pulai, Merlimau, Melaka selama lebih
kurang 3 bulan setengah. Walaupun tempoh saya bersama guru-guru, murid-murid
serta seluruh warga SK Pt. Penghulu tidak lama seperti di sekolah sebelum ini,
namun sepanjang 2 minggu setengah saya berulang alik dari rumah ke sekolah
untuk mengajar di sini telah memberikan saya sebuah pengalaman baharu
yang cukup mematangkan diri dan fikiran saya dalam mencurahkan ilmu yang
bermanfaat di samping melayani kerenah yang pelbagai ragam anak-anak murid yang
tercinta.
|
~Murid-Murid Darjah 6 SK Pt. Penghulu~ |
Akhir kalam, saya akan menjadikan
pengalaman baru ini sebagai modal dan momentum penting untuk terus mengorak
langkah lebih maju ke hadapan khusus untuk diri saya sendiri agar dapat
berkhidmat dalam profesion perguruan lagi pada suatu hari nanti, insyaAllah
sekiranya saya telah ditakdirkan untuk terus memilih bidang ini selepas
menamatkan pengajian kelak. Sekian, Jazakallahu Khairan Kasiro… (^_^)v
selamat pagi juga... (^_^)v welcome to my blog...
ReplyDelete:)
ReplyDelete;-)
ReplyDeletewah bestny jd guru ganti....
ReplyDeletesemoga menjadi guru yg cemerlang suatu ari nnt...
wah bestny jd guru ganti....
ReplyDeletesemoga menjadi guru yg cemerlang suatu ari nnt...
amin2 ya rabbal alamin... terima kasih kpd smue yg sudi m'jengah entry sy ye... ;-)
ReplyDelete