Follow @putramuksent10
Baiklah, bila kita sebut pasal ketupat, pasti orang
ramai akan mengaitkannya dengan Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha.
Berkemungkinan besar raya kita pasti tidak akan lengkap sekiranya tiada
kewujudan makanan tradisi tersebut yang telah diwarisi sejak berkurun lamanya.
Secara umumnya, ketupat terbahagi kepada tiga jenis yang biasa didengari iaitu
Ketupat Sate, Ketupat Pasar & Ketupat Bawang dll. panggilan nama yang digelar mengikut negeri masing-masing. Tetapi bagi saya, Ketupat Palas
adalah sejenis ketupat yang paling malas yang pernah dihasilkan di dunia kerana
ia langsung tak berseni… huhu..
lepas dah baca, rajin2 la klik link ni ye... thanx a lot! ;-) http://says.com/my/putramuksent12/specials/wwf-groupon
Salam Ramadhan Al-Mubarak 1433H/2012M terutamanya
kepada semua umat Islam di seantero dunia yang mengunjungi blog ini. Semestinya
kita masih lagi berada dalam mood bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan
ini. Justeru apa yang diharapkan agar anda semua dapat melaksanakan segala
ibadah dengan hati dan jiwa yang tenang, aman dan tenteram ikhlas kerana Allah
S.W.T. Mudah-mudahan ibadah puasa kita pada tahun ini akan menjadi lebih baik
dan sempurna berbanding tahun-tahun sebelumnya, InsyaAllah…
Raya
dah makin hampir, jadi macam mana dengan segala persiapan anda untuk meraikan
hari kemenangan itu bersama seisi keluarga yang tercinta tidak kira di mana jua
anda berada? Nasihat saya semoga anda semua dapat berbelanja tidak mengikut
kehendak hawa nafsu semata-mata kerana ia akan memudaratkan diri anda sendiri
selain ia penting untuk mengelakkan berlakunya pembaziran dan marilah kita
bersama meraikan lebaran ini cukup dengan ala kadar sahaja.
Oleh itu, pada kali ini mata pena terpanggil untuk
berkongsi serba sedikit kepada anda tentang cara-cara bagaimana untuk menganyam
ketupat berpandukan kepada teknik dan kaedah yang betul. Bagaimana susah
sekalipun untuk menghasilkannya terutama kepada sesiapa saja yang hanya
tahu makan saja tapi tak tahu cara untuk
mengolahnya, maka tutorial ini amatlah sesuai untuk anda. Mungkin ia agak rumit
sedikit di awal pembuatannya, tetapi ia akan menjadi mudah apabila anda telah
mahir membuatnya secara perlahan-lahan. Ingat ye, sikit-sikit lama-lama jadi
ketupattttt… Semoga Berjaya!!! (^_^)v
:::CARA MEMBUAT/MENGANYAM KETUPAT PASAR:::
:::CARA MEMBUAT/MENGANYAM KETUPAT SATE:::
lepas dah baca, rajin2 la klik link ni ye... thanx a lot! ;-) http://says.com/my/putramuksent12/specials/wwf-groupon
thanx 4 sharing!!! i did it successfully... ;-)
ReplyDeleterye dh nk abis.. tp sy msh lg blajar wat ktupat ni.. tqvm... ;-)
ReplyDelete