Follow @putramuksent10
Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh wa maghfiratuh wa ridhwanu... Pengisian menarik buat tatapan anda pada kali ini, saya terpanggil untuk berkongsi serba sedikit ilmu dan pengetahuan mengenai isu 'PEMAKAIAN INAI
BERCORAK' dan keraguan mengenai hukum 'PEMAKAIAN INAI TERHADAP PENGANTIN
LELAKI' yang acap kali
diperdebatkan di setiap ruang-ruang komentar terutamanya di laman-laman sosial
dan laman sesawang yang lain. Untuk pengetahuan anda juga para pembaca yang
budiman, apa sebenarnya yang membuatkan saya terfikir dan tergerak hati untuk mengutarakan
hal ini sebagai bingkisan buat santapan anda semua pada kali ini, ia adalah kerana secara kebetulannya saya telah diamanahkan oleh seorang Pensyarah di Universiti untuk mengkaji satu
tajuk fatwa terkini yang berkait rapat dengan senario di negara kita yang sedang
hangat diperkatakan bagi merungkai dan menyingkap di sebalik tabir kebuntuan, keraguan dan
kesangsian yang masih lagi tidak menemui jalan penyelesaian yang terbaik dalam
kalangan masyarakat kita khususnya. Justeru, di sini mata pena terpanggil untuk
membongkar isu hangat ini dengan merujuk kepada beberapa sumber-sumber rujukan
yang sahih, jitu, diyakini dan diiktiraf buat tatapan anda semua para pembaca
yang dirahmati Allah swt sekalian... Bacalah dan seterusnya kongsikanlah... ;-)
Takrifan/Definisi
Ø DARI segi
bahasa, inai bermaksud bahan yang digunakan
untuk memerahkan kuku, jari dan anggota
badan. Dalam bahasa
Arab inai dipanggil Al-Hinaa' atau
henna.
Ø Pemakaian inai seolah-olah menghiaskan
diri dengan bahan yang dipakai, sama seperti memakai perhiasan di tubuh seorang
wanita. Sifat inai tidak berkekalan selamanya
di tubuh kita.
Ø Sebelum menentukan hukum
memakai inai perlu dilihat dari beberapa aspek, antaranya ialah;
- Bahan inai itu diperbuat daripada apa? Adakah daripada bahan yang halal atau daripada bahan yang haram. Sekiranya inai itu semata-mata daripada daun inai, sama ada yang dikeringkan atau diproses secara tradisi maka bahannya halal.
- Ukiran inai, sekiranya inai itu diukir di tangan manusia dengan bentuk lambang salib atau lambang berhala atau objek yang menyerupai makhluk maka hukumnya haram. Sekiranya inai diukir membentuk corak-corak flora, seperti bunga, daun-daun atau apa-apa sahaja bentuk yang tidak menyerupai makhluk adalah harus hukumnya.
- Inai bagi tujuan berubat. Dalam tradisi perubatan inai dipercayai boleh memulihkan kuku yang bermasalah. Ada juga masyarakat Arab dan Afrika menggunakan inai untuk tujuan menggelakkan kerekahan pada tapak kaki. Sekiranya inai digunakan untuk tujuan perubatan hukumnya harus.
Ø Hukum
Memakai Inai Bagi Wanita / Pengantin
Perempuan :-
- Diharuskan. Sama
ada wanita yang belum berkahwin atau yang berkahwin dengan memakainya di kaki dan tangan.
- Tetapi mestilah bersederhana bagi mengelakkan fitnah.
عَنْ عَائِشَةَ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ : أَوْمَتْ امْرَأَةٌ مِنْ وَرَاءِ سِتْرٍ
بِيَدِهَا كِتَابٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ،
فَقَبَضَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَهُ ، فَقَالَ : (مَا
أَدْرِي أَيَدُ رَجُلٍ أَمْ يَدُ امْرَأَةٍ ؟ قَالَتْ : بَلْ امْرَأَةٌ
قَالَ : لَوْ كُنْتِ امْرَأَةً لَغَيَّرْتِ أَظْفَارَكِ - يَعْنِي بِالْحِنَّاءِ)
. حسنه الألباني في "صحيح أبي داود".
Diriwayatkan dari
Aishah RA Bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia
ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu
seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau
perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang
wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, bezanya
dengan memakai henna (inai) di jarimu.”
(Hadith Riwayat Abu Daud)
- Sabda baginda;
لعنَ اللهُ الواصلةَ والمُستوصلةَ
والواشمةَ والمُستوشمةَ
“Allah melaknat orang yang menyambung
rambutnya, orang yang minta disambung rambutnya, orang yang melakukan tatu dan
orang yang minta dilakukan tatu kepadanya”. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan
lain-lain dari Abdullah bin Umar r.a.)
- Sabda baginda juga;
لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ،
وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ
لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ
“Allah melaknat
perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada
badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan
perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu
perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan
Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)
ØHukum Memakai Inai Bagi Lelaki / Pengantin Lelaki
:-
- Tidak diHARUSkan. Melainkan bagi tujuan perkahwinan/pengantin
lelaki.
- Sebab ia merupakan sebahagian daripada adat perkahwinan Melayu yang tidak bertentangan dengan hukum Syara’.
- Selain diHARUSkan bagi tujuan perubatan
- Namun, terdapat riwayat menyatakan :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُتِيَ بِمُخَنَّثٍ قَدْ خَضَّبَ يَدَيْهِ
وَرِجْلَيْهِ بِالْحِنَّاءِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا بَالُ هَذَا فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ يَتَشَبَّهُ
بِالنِّسَاءِ فَأَمَرَ بِهِ فَنُفِيَ إِلَى النَّقِيعِ فَقَالُوا يَا رَسُولَ
اللَّهِ أَلَا نَقْتُلُهُ فَقَالَ إِنِّي نُهِيتُ عَنْ قَتْلِ
الْمُصَلِّينَ"صحيح أبي داود".
Abu Hurairah RA
meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dgn
henna (inai) dibawa ke hadapan rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W:
“Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita.” Lalu lelaki itu dihalau
dari al-baqi’ (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya
dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w:
“Kenapa dia tidak dibunuh?” Lalu baginda S.A.W bersabda: “Aku dilarang membunuh
mereka yang bersembahyang.” (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami’,
2502)
لعن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّم المتشبهين من الرجال بالنساء والمتشبهات من النساء بالرجال
“Rasulullah s.a.w.
telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru-niru perempuan dan wanita-wanita yang
meniru-niru
lelaki”.
(Riwayat Imam
Bukhari)
Ø Bagaimanapun, di sini juga terdapat beberapa
pendapat dari 4 Mazhab yang berbeza pendapat dalam menetapkan hukum pemakaian
inai di samping pendapat beberapa ulama’ terkini.
- Mazhab Hanbali :
berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan utk mewarnakan pada mana-mana bahagian
anggota badan kecuali di kepala samada kepada lelaki ataupun perempuan.
- Mazhab Syafie pula
berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian
tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan
sekiranya melibatkan hal2 perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di
dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.
- Imam An-Nawawi RH dalam fatwa al-majmu’ berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali
pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.
- Mazhab Hanafi dan Maliki pula
berkata : lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota
kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.
- Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai
berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori
tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari.“ (Dato’
Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala
Lumpur).
- Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan ulama berpendapat bahawa hukum lelaki memakai inai di
kukunya adalah di antara haram dan makruh. Ini kerana ia menyerupai perhiasan wanita .
Inai yang digunakan untuk perubatan (medication) tidaklah mengapa (tujuan
kesihatan seperti inai di ibu jari kaki yang menghidap penyakit sekam
(kuku rosak).
Ø Justeru, Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009
telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak
Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
v Pemakaian inai pada kedua
tangan dan kaki adalah
diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau
belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
v Walau bagaimanapun, kadar pemakaian
inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah ter had sehingga pergelangan tangan
dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal
seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.
v Mengenai corak atau ukiran yang
digunakan pula, corak
atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan
adalah dibenarkan, manakala corak-corak
haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran
atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
v Pemakaian inai pada kedua tangan dan
kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.