Follow @putramuksent10
NILAI KOMERSIAL
DAN PERUBATAN :
PENGERTIAN
:
Belangkas atau nama
saintifiknya Limulus Polyphemus ialah sejenis haiwan yang hidup di laut
masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi
pantai kerana tidak menggigit.
Belangkas adalah
dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai
ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius
rotundicauda.
Haiwan ini merupakan
artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan
juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51
cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga
mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.
Peribahasa dalam masyarakat
Melayu iaitu 'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak
bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam
keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina.
HUKUM
MEMAKAN DAGING/ISI BELANGKAS DAN TELURNYA :
Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan
Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
- Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.
- Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan[1].
Darah berwarna biru
dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk
mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas
bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan
Sabah kerana saiz lebih besar. Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu
membunuh belangkas tersebut.
Bahan dalam badan
belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit
anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat,
Jepun dan Asia Barat sejak 1988.
Daging dan telur
belangkas boleh dimakan oleh orang Islam. Masyarakat Melayu di Kota Tinggi,
Johor menyediakan masakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ia juga boleh
dimakan dengan hanya memanggang / membakar sahaja. Namun begitu untuk ia bukan
sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh
memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai
MABUK. Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang
benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini.
Sarjana Sains
(Akuakultur), Institut Akuakultur Tropika (IAT) Universiti Malaysia Terengganu
telah lama menyelidik nilai perubatan belangkas ini. Universiti Malaysia
Terengganu sedang memohon geran sebanyak RM3 juta untuk tujuan penyelidikan dan
merancang untuk membina sebuah makmal bernilai RM10 juta untuk menghasilkan kit
anti-toksin untuk dipasarkan.
500 nelayan di
Semerak, Pasir Puteh, Kelantan dibantu bagi menternak belangkas. Nelayan
terbabit dijangka mendapat pendapatan RM 1200 sebulan apabila projek ternakan
ini berjaya.
[1] http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-memakan-dagingisi-belangkas-dan-telurnya
*SILA KLIK LINK INI SEBELUM ANDA KELUAR!!!
http://says.com/my/putramuksent12/specials/wwf-groupon
*SILA KLIK LINK INI SEBELUM ANDA KELUAR!!!
http://says.com/my/putramuksent12/specials/wwf-groupon