Monday 21 May 2012

:::Malam Perdana Siswa (MPS) KKDJ 2012:::


 Majlis Makan Malam Perdana Siswa (MPS) KKDJ 2012

:::Nyanyian Lagu Negaraku:::


Salam sejahtera kepada semua para pengunjung yang sudi singgah ke blog ini untuk mendapatkan serba sedikit maklumat yang berguna sebagai panduan anda untuk dimanfaatkan pada masa hadapan kelak buat semua yang mungkin bakal melaksanakan event yang lebih meriah & lebih hebat daripada apa yg telah berjaya direalisasikan oleh kami semua sebelum ni... Di sini, saya tergerak hati untuk berkongsi cerita mengenai perjalanan sepanjang majlis tersebut berlangsung pada tanggal 20 MEI 2012 bersamaan hari Ahad bermula seawal jam 8 malam di suatu tempat yang penuh gilang-gemilang iaitu di Hotel Pan Pasific, KLIA. (rujuk tentatif program)
:::YAB Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin:::                                                    
:::YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor (HEP dan Alumni):::


:::Pengarah Program MPS KKDJ 2012:::
        Pertama sekali, apa yang ingin dicoretkan di sini buat tatapan anda semua iaitu perkara asas yang telah menjadi tunjang utama dalam menggerakkan malam gala ini, yakni segala persiapan MPS yang harus dilakukan sebulan lebih awal sebelum majlis tersebut berlangsung. Perjumpaan bersama Pengetua Kolej Kediaman, Felo Asrama, Pengurusan Kolej Kediaman Desa Jati dan Ahli-Ahli JAKSA yang terlibat diadakan pada setiap minggu yang bermotifkan perkongsian idea yang bernas, cetusan minda dan cadangan serta komentar yang relevan untuk diambil kira secara serius demi memastikan perjalanan kerja di sebalik tabir majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya seperti yang telah dirancangkan.
:::Para Peserta MPS:::
:::Barisan Alumni-Alumni JAKSA USIM:::
:::Simbolik Perasmian MPS:::
         Seperti sedia maklum, majlis besar seperti ini semestinya melibatkan perancangan protokol majlis yang memerlukan komitmen yang tegar dan bersungguh-sungguh kerana ia melibatkan pihak tertinggi universiti sebagai tetamu jemputan VVIP. Bagaimanapun, dengan kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada floor manager bersama pembantunya yang telah menjalankan tugas dengan baik sekali dalam mengatur kedudukan para AJK yang terlibat untuk diseragamkan dengan konsep tema yang dibawakan dan maka, hasilnya sangat cemerlang dan memuaskan. (Rujuk senarai Ahli-Ahli Jawatankuasa yang terlibat)

           Dengan berkonsepkan tema Melayu Tradisional untuk MPS KKDJ pada kali ini, pihak kami telah bersepakat memilih tema yang agak unik yang berbunyi ‘Menggamit Memori Melaka Gemilang, Menyemai Bakti Malaysia Terbilang’. Motif utama tema ini dipilih amatlah bermanfaat untuk menyeru dan mengajak golongan-golongan muda pada hari ini agar mereka dapat bersama-sama menghayati sejarah tanah air yang tercinta ini sebagai anak watan yang menghargai setiap episod, hikayat dan kronologi yang telah tercatat dalam lipatan sejarah yang berasaskan Zaman Kesultanan Melayu Melaka khususnya di samping, ia mampu untuk menarik minat mereka untuk mencintai nilai-nilai tradisional budaya kita yang telah diwarisi sejak berkurun abad lamanya.    
:::Persembahan Tarian Kumpulan FANSURI USIM:::
:::Persembahan Silat:::
:::Persembahan Nyanyian Lagu Dondang Sayang oleh Abu Bakar Saho:::
         Bagi santapan halwa telinga dan penyejuk pancaindera penglihatan kita pada malam itu, beberapa persembahan yang cukup mempersonakan jiwa dan naluri para hadirin untuk MPS pada kali ini juga semestinya berkait rapat dengan temanya iaitu seperti nyanyian lagu tradisional dondang sayang, persembahan silat, tarian tradisional selain diselang-selikan dengan persembahan permainan alat-alat muzik tradisional dan disulami dengan muzik instrumental tradisional yang menjadi muzik latar sepanjang majlis berlangsung.
                                                                                   
:::Barisan-Barisan Pengacara Majlis/MC Yang Terbaik!!!:::
            Dan semestinya jasamu akan sentiasa dikenang selama-lamaya iaitu semestinya barisan-barisan MC (Master Ceremony) seramai 4 orang yang terdiri daripada MC formal dan santai yang dipilih telah melalui peringkat ‘audition’ terlebih dahulu sebelum layak ditauliahkan sebagai pengerusi dan pengacara majlis yang benar-benar memenuhi cita rasa dan kriteria yang diinginkan.  Secara jujurnya, saya sendiri selaku pengarah MPS telah bersungguh-sungguh menyiapkan teks MC yang lengkap dengan merujuk kepada pengalaman yang telah diperolehi sebelum ini dan ia telah disemak semula oleh pengetua kami dan pihak-pihak tertentu untuk diubahsuai mengikut keadaan semasa.
:::AJK Protokol Merangkap Dayang-Dayang Istana:::
:::Pengarah Program MPS diapit dua orang dayang:::
Seperti yang diuar-uarkan sebentar tadi, MPS anjuran KKDJ ini yang telah diadakan di Hotel Pan Pasific, KLIA dengan disertai seramai 150 orang siswa dan siswi USIM yang menetap sama ada di kolej kediaman mahupun di luar termasuk delegasi alumni-alumni USIM dan tetamu jemputan VIP yang turut memeriahkannya. Ia bermula seawal jam 8 malam dengan para peserta MPS telah tiba awal pada waktunya dan memenuhi ruang legar ballroom sementara menantikan ketibaan para tetamu VVIP untuk perarakan masuk dewan.
Justeru, sebelum saya meletakkan titik noktah dalam hasil nukilan dan bingkisan yang ikhlas dan suci dari lubuk sanubari ini, saya ingin menghulurkan jutaan apresiasi dan terima kasih terutamanya kepada pengetua kolej kediaman yang amat dihargai, para barisan kepimpinan JAKSA KKDJ sesi 2011/2012, felo-felo serta barisan kakitangan pengurusan asrama dan terutamanya pihak Hal Ehwal Pelajar USIM dan kesemua mahasiswa/I USIM yang turut serta sebagai peserta pada malam tersebut.
:::Kerja-Kerja Di Belakang Tabir::: 
Akhir kalam,jauh di sudut hati ini, daku melafazkan kalimah syabas dan terima kasih yang tiada penghujungnya kepada kalian semua yang telah bersungguh-sungguh untuk terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung… Ringkasnya, ini juga merupakan saat-saat kegemilangan buat diriku sepanjang bergelar mahasiswa USIM apabila cita-cita ku yang selama ini ku diidamkan tercapai untuk duduk di meja yang gah bersama para barisan VVIP yang melibatkan orang kuat universiti khususnya. Sekalung penghargaan ku coretkan ikhlas buat pengetua KKDJ kerana telah mengatur segala-galanya dengan diiringi ketentuan-Nya dan telah menjadikan impianku menjadi kenyataan. Salam sayang penuh terhormat dan keikhlasan… Wassalam… -AHMAD MUKHSIN HJ ZAZAM, BENDAHARI JAKSA KKDJ SESI 2011/2012 & PENGARAH MALAM PERDANA SISWA KKDJ 2012-

*SILA KLIK LINK DI BAWAH SEBELUM ANDA KELUAR!!!

Post a Comment

3 comments:

  1. wow!!! hebat!!! tahniah kpd smue yg t'libat!!! ;-)

    ReplyDelete
  2. wow!!! hebat!!! tahniah kpd smue yg t'libat!!! ;-)

    ReplyDelete
  3. sy pun ada wktu tu...mmg the best la MPS ni drp thn2 sblm2nye....huhu :-p

    ReplyDelete