Tuesday 14 August 2012

:::Tutorial Membuat/Menganyam Ketupat Raya:::



Salam Ramadhan Al-Mubarak 1433H/2012M terutamanya kepada semua umat Islam di seantero dunia yang mengunjungi blog ini. Semestinya kita masih lagi berada dalam mood bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini. Justeru apa yang diharapkan agar anda semua dapat melaksanakan segala ibadah dengan hati dan jiwa yang tenang, aman dan tenteram ikhlas kerana Allah S.W.T. Mudah-mudahan ibadah puasa kita pada tahun ini akan menjadi lebih baik dan sempurna berbanding tahun-tahun sebelumnya, InsyaAllah…

          Raya dah makin hampir, jadi macam mana dengan segala persiapan anda untuk meraikan hari kemenangan itu bersama seisi keluarga yang tercinta tidak kira di mana jua anda berada? Nasihat saya semoga anda semua dapat berbelanja tidak mengikut kehendak hawa nafsu semata-mata kerana ia akan memudaratkan diri anda sendiri selain ia penting untuk mengelakkan berlakunya pembaziran dan marilah kita bersama meraikan lebaran ini cukup dengan ala kadar sahaja.

          Baiklah, bila kita sebut pasal ketupat, pasti orang ramai akan mengaitkannya dengan Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha. Berkemungkinan besar raya kita pasti tidak akan lengkap sekiranya tiada kewujudan makanan tradisi tersebut yang telah diwarisi sejak berkurun lamanya. Secara umumnya, ketupat terbahagi kepada tiga jenis yang biasa didengari iaitu Ketupat Sate, Ketupat Pasar & Ketupat Bawang dll. panggilan nama yang digelar mengikut negeri masing-masing. Tetapi bagi saya, Ketupat Palas adalah sejenis ketupat yang paling malas yang pernah dihasilkan di dunia kerana ia langsung tak berseni… huhu..

   Oleh itu, pada kali ini mata pena terpanggil untuk berkongsi serba sedikit kepada anda tentang cara-cara bagaimana untuk menganyam ketupat berpandukan kepada teknik dan kaedah yang betul. Bagaimana susah sekalipun untuk menghasilkannya terutama kepada sesiapa saja yang hanya tahu  makan saja tapi tak tahu cara untuk mengolahnya, maka tutorial ini amatlah sesuai untuk anda. Mungkin ia agak rumit sedikit di awal pembuatannya, tetapi ia akan menjadi mudah apabila anda telah mahir membuatnya secara perlahan-lahan. Ingat ye, sikit-sikit lama-lama jadi ketupattttt… Semoga Berjaya!!! (^_^)v


:::CARA MEMBUAT/MENGANYAM KETUPAT PASAR:::
:::CARA MEMBUAT/MENGANYAM KETUPAT SATE::: 
         


lepas dah baca, rajin2 la klik link ni ye... thanx a lot! ;-) http://says.com/my/putramuksent12/specials/wwf-groupon

Post a Comment

2 comments:

  1. thanx 4 sharing!!! i did it successfully... ;-)

    ReplyDelete
  2. rye dh nk abis.. tp sy msh lg blajar wat ktupat ni.. tqvm... ;-)

    ReplyDelete